Friday, 20 January 2012

JURUSAN FARMASI~MISZ DR

Biasanya, peranan seorang ahli farmasi bukan setakat memberi preskripsi dan ubat-ubat kepada pesakit malah lebih dari itu. Sebaliknya, seorang ahli farmasi sebenarnya perlu mengetahui hampir segala hal seperti seorang doktor. Sebagai contoh, bagaimana untuk memberikan nasihat kepada pesakit tentang cara menggunakan ubat, kesan-kesan sampingan dan harus tahu tentang penyakit dan lain-lain.
Penjelasan Kursus:
Kursus farmasi biasanya mengambil masa selama 4 tahun. Ini tak termasuk dengan pengajian asas / pra-U / matrikulasi. Perlu diingatkan bahawa tempoh program pra-U mungkin berbeza. Sebagai contoh: matrikulasi selama 1 tahun, South Australian Matriculation (SAM) 1 tahun setengah dan A Level 2 tahun.
Pelajar-pelajar yang mendaftar kursus farmasi ni perlu menjalani praktikal yang bergantung kepada polisi universiti. Di universiti saya, praktikal biasanya dibuat di hospital atau farmasi komuniti semasa tahun keempat dan setiap universiti mungkin dibuat semasa tahun ketiga atau keempat. Bergantung kepada universiti.
 boleh katakan kursus farmasi sangat menarik. Semester 1 ialah masa untuk menyegarkan fikiran dengan pengetahuan-pengetahuan asas. Ada subjek – anatomy, basic chemistry equation dan sebagainya bergantung kepada universiti. Semester 2, masa untuk menggunakan pengetahuan asas tersebut untuk kes-kes tertentu.
Bila masuk tahun kedua, pelajar-pelajar Farmasi akan didedahkan dengan pelbagai macam jenis ubat untuk diingat, virus dan bakteria untuk dibezakan dan ingat, graf-graf untuk difahami dan dianalisis. Kebanyakan pelajar setuju jika dikatakan bahawa tahun kedua ialah saat-saat genting dan paling susah. Selain belajar melalui teori, pelajar juga akan didedahkan dengan compounding practices – masa ni dapat peluang untuk buat simple drug macam lotion, ointment, cream, panadol dan sebagainya.
Cabaran:
Seperti mereka mengambil kursus perubatan, kursus farmasi ni memaksa anda untuk memiliki ‘memori-berasaskan-komputer’. Kita kena ingat dan hafal banyak benda. Nama dan jenis ubat, fungsi ubat dan jangka masanya, dos-dos untuk dewasa dan kanak-kanak. Walau apapun, pemahaman sama penting dengan mengingat.
Kalau setakat hafal tapi kita tak tahu bagaimana, bila dan kenapa ubat tu digunakan pun tak guna juga. Jadi kesabaran tu sangat penting dan plan timetable dengan baik.
Peluang kerja:
Untuk pelajar yang dapat tajaan JPA, anda perlu berkhidmat dalam sektor kerajaan minimum 4 tahun dan maksimum 6 tahun. Sila rujuk surat perjanjian anda dengan penaja. Sekarang ni, Malaysia kekurangan ahli farmasi, jadi peluang pekerjaan sangat tinggi. Kalau nak cepat dapat kerja, saya nasihatkan anda lapor diri awal dengan pihak JPA dan SPA bila tamat belajar dan jangan memilih sangat.
Jika anda belajar di luar negara, perlu diingatkan bahawa farmasi di Malaysia tak sama seperti di luar negara. Cabaran mungkin berbeza. Jadi cuba sesuaikan diri walau di mana sekalipun anda dihantar untuk berkhidmat. Kalau anda tak berminat untuk berkerja di hospital dan farmasi bila tamat bound dengan kerajaan, anda boleh terokai dunia perniagaan dengan membuka farmasi sendiri. Selain itu, anda juga boleh menjadi seorang pensyarah atau melibatkan diri dengan industri farmasi.
Subjek SPM yang perlu dikuasai:
Untuk bakal calon atau pelajar lepasan SPM, English, Biology and Chemistry penting di masa hadapan. Tapi bukan nak kata Add Math, Physics dan Maths tak penting. Penting juga. Anda masih perlu tahu asas pengiraan dan algebra tapi Bio, Chem dan English adalah yang dominan.
Lagi satu, anda kena dapat keputusan yang cemerlang untuk 6 subjek tersebut. Seboleh-bolehnya A1. Tapi A2 pun masih diterima. Ini penting kalau nak applyscholarship JPA. Tapi jangan takut nak apply kalau dapat B pun. Ini kerana keputusan temuduga bukan berdasarkan kepada result anda semata-mata tapi juga personaliti dan tahap keyakinan anda. Kedua-duanya penting untuk anda survive di luar sana.
Nasihat  untuk semua pelajar. Jangan rendah diri dan rasa semua pelajar sekolah berasrama penuh je boleh dapat biasiswa. Tak sama sekali. Semua pelajar adalah sama. Apa yang membezakan ialah siapa diri anda sebenarnya. Dunia ni sebenarnya lebih besar dari apa yang anda rasa..my face in the future...insyaAllah...doakan sye!salam sayangs~
p/s:dipetik dari seorang kakaq yang mengambil jurusan farmasi..huhuhu..tiba2 kuar niat nk usha kos farmasi n forensik...

0 comments: