Budak sedang mengintai
Assalamualaikum pembuka bicara,
buat tatapan dan hiburan sahaja,
tulisan disusun sebagai karya,
buat gurauan semata-mata
26 orang classmates kami,
5 putera 25 puteri,
semuanya bijak dan bervisi,
impian mahu masuk universiti.
orangnya sangat berbudi bahasa,
berwajah cute sopan sekali,
teacher shuhadah empunya diri,
beliaulah penasihat kesayangan kami.
beralih pula kepada penghulu,
nur aliana berlagak tegas,
anak buahnya sangat nakal,
tiada dia,hancurlah kelas.
orangnya manis,ayu dan sopan,
bercirikan perempuan melayu terakhir,
minuman yogurt menjadi kegemaran,
nur farazuwa penolong berkaliber.
nur nadia izwani orangnya pendiam,
bila belajar serius sekali,
orangnya pemalu tapi bagus,
hal mengumpat dia tak campur.
seorang lagi empunya cerita,
orang ketawa dia ketawa,
kalau bercakap sekali sekala,
itulah dia cik aina kita.
berangan nak jadi perdana menteri,
selalu tersenyum menayang gigi,
kononnya nak jadi hero sejati,
hai hafiz,bila nak sedar diri???
nur syakirah pengawas pilihan,
bermain catur habit harian,
moto hidup study biar lepak,
bukan ape,nak buat gempak!
beralih pula ke gadis misteri,
orangnya pendiam suka menyendiri,
member bercakap dia study,
atin,will u marry me???
bola tampar sukan kegemaran,
bila training merahlah tangan,
demi impian sakit ditahan,
zuraida mohamad atlit masa hadapan.
wan nor syahira kulitnya cerah,
orangnya biasa banyak kerenah,
bila marah mukanya merah,
semua diam apabila disergah..
hobinya suka bermain getah,
orangnya juga slumber sahaja,
nurul shahida empunya diri,
bila ketawa hantu pun lari...
dia memilih tinggal di asrama,
belajar rerajin tujuan utama,
haryanie ramli empunya nama,
bermain futsal itulah hobinya.
berbaju purple,berkasut hitam,
peramah dan sporting,itu sifatnya,
nor fatin alias pengawas budiman,
tak pernah lekang dek senyuman.
ini pula cerita awek orang,
cepat merajuk tetapi garang,
wan nor akmal berlagak samseng,
untuk spm terus berjuang..
lemah lembut sifat peribadi,
siti syakila empunya nama,
susah senang sentiasa di sisi,
berkongsi idea untuk diisi..
sekali merajuk macam batu,
tatapi lembutnya tetap ada,
peminat setia aishiteru punye lagu,
nor shuhada empunya nama.
bab menyakat dialah orangnya,
sekali marah macam mak singa,
baik hati gerangan orangnya,
amirah memang baik budaknya..
dari tahun lepas sampai tahun ni,
asyik melihat muka dia,
nurul hanisah suka meronda,
sambil tu,intai pakwe smart!
orangnya comel kecil molek,
jangan kata dia tak garang,
kelas bising dia mengamuk,
susi,marahnya tetap berpantang.
pengawas perpustakaan jawatan dipegang,
dalam kelas jarang berkata-kata,
buku addmath sentiasa dipegang,
nur sulyana empunya nama.
inilah dia hero kami,
wan khairul iznizam nama diberi,
dalam kelas bising sekali,
tandas lelaki teman sejati.
hobi dia bermain bola,
bila bermain tak kira masa,
bila berlari persis lipas kudung,
amirul hakimi empunya gerangan.
dari pj datang kemari,
bukan putrajaya tapi perasing jaya,
mohd afiq empunya nama,
ujian matematik dialah juara.
dahla cute,handsome pula,
loghatnya pekat petah berbicara,
bila menyanyi semua ternganga,
nawawie rosli penyeri suasana.
dari cerul terbang kemari,
lagu dadali pilihan hati,
konon nak jadi kekasih sejati,
nur atiqah syakirah nama diberi.
datang ke sekolah dengan motosikal,
ditunggang bersama adik kesayangan,
orangnya sentiasa berlagak ceria,
nor fitriah tak reti duduk diam..
ain syafiqa nama diberi,
ke mana sahaja bersama kameranya,
masa belajar tak kering gusi,
bila disoal menggelabah jadinya.
tinggal beberapa bulan lagi,
kami bakal melangkah pergi,
meninggalkan smkcb dengan kenangan abadi,
semoga segala memori terpahat di hati.
spm matlamat utama perjuangan,
harapan agar cerah masa depan,
jika ditakdirkan berumur panjang,
moga bertemu di masa akan datang.
masa datang dan pergi,
pertemuan pasti ada perpisahan,
di lain ketika bersua lagi,
seloka ini tanda keakraban....
0 comments:
Post a Comment