Topik wanita hari ini,'Ibu,Kaulah Satu-satunya'.
13 Mei ialah Hari Ibu,tapi bagi aku,bagi kita semua,tiap2 hari,itulah hari ibu.Dia insan yang kuat,insan yang tabah,insan yang tak pernah kenal erti putus asa.Dia kekuatanku,dia semangatku,dia segala-galanya bagiku.Kadang-kadang,bila emosi menguasai diri,tanpa diduga,setiap patah bicara yang terkeluar,telah menghancurkan hati si ibu.Tapi,si dia tetap bersabar,demi seorang anak..Aku harap,aku membesar menjadi seorang hamba Allah yang beriman,seorang anak yang solehah buat kedua ibu bapa,seorang kakak dan adik yang tabah..aku beruntung,aku bertuah,masih dapat menatap sepasang mata yang redup,mencium insan yang banyak berjasa buatku.Ibu,tanpamu aku tiada,tanpa didikmu aku melata,tanpa kasihmu aku merana,tanpa pujukmu aku sesat merata.SELAMAT HARI IBU BUAT IBUKU,'HASMAH BINTI ISMAIL'..
dari kacil,sampai sekarang,aku masih di bawah jagaanmu.hanya menghitung hari,aku pula akan melangkah kaki ke universiti.menjadi seorang mahasiswi yang berjaya kelak.Ibu,jasamu akan ku balas dengan segulung ijazah,seperti yang ibu harapkan.ibu,akan kupegang segala amanah dan pesananmu.ibu selalu berpesan padaku,jaga diri baik-baik,solat jangan tinggal..bertapa tingginya martabat seorang ibu.
Ibu…
Walau seketika anakmu alpa,
Kasihmu sentiasa menjadi ingatan abadi bagi diriku,
Membawa hidayah keinsafan seorang anak,
Dalam menjalani kehidupan duniawi.
ibu,maafkan segala kesalahan anakmu ini.Kaulah sumber inspirasiku,kaulah nadiku,kaulah cinta awal dan akhirku..Syukur padamu Ya Allah.aku berpeluang memeluk erat insan bergelar ibu.Thankz to God..
0 comments:
Post a Comment