Monday 16 January 2012

UKHUWAH ITU INDAH~

Indahnya suatu persahabatan itu apabila ia wujud kerana Dia. Indahnya bila cinta yang ada kerana Dia. Indahnya kasih sayang yang wujud kerana Dia. Indahnya bila segalanya disandarkan hanya kerana Dia. Indahnya bila segala perbezaan disatukan kerana matlamat yang satu, iaitu menggapai redha-Nya.Tapi indahnya ukhwah itu tak cukup sekadar di mulut , Tak terlestari sekadar pada baris-baris ayat sahaja dan dalam satu-satu hubungan itu pastinya ada ujian. Maka, timbullah episod-episod terasa hati, tak puas hati, bersedih hati, makan hati, sakit hati akan menjengah hidup kita dan pastinya semua ini mampu menggugat cinta yang dah terbinayang lahirnya semua dari hatiApa juga permasalahannya, semuanya dari hati. Kita semua berbeza. Maka berlapang dadalah. Jangan biarkan penyakit-penyakit hati meraja dalam diri. Sebab pasti, kita yang akan rugi.
Ukhuwah
Saya baru diketuk kebenaran. Ukhuwah yang manis tidak akan dapat digapai secara membuta tuli. Tak cukuplah ukhuwah itu dengan hanya bertegur 'hye-hye dan bye-bye' tetapi ukhuwah yang sebenar melahirkan kesatuan dan menenangkan hati. Bila persaudaraan yang dihulur bukan keranaNya, percayalah, kita akan kalah dengan ujian dan berpecah juga akhirnya.Di mana letaknya ukhuwah kita?
Saya sering merefleksi diri, melihat di mana kedudukan kami. Saya akui mungkin masih jauh dari menikmati nikmatnya ukhuwah yang sebenar. Namun, perjalanan ini tidak akan terhenti di sini. Saya mahu ukhuwah kami bersemi hingga bila satu saat kami ditakdirkan terpisah jauh, saya tidak perlu gusar. Kerana hati-hati kami telah pun terikat padu.
Saya mengharapkan setiap dari kami sentiasa disuluh hidayah Illahi, sentiasa berada dalam biah solehah hingga nanti apabila kami ditakdirkan berkahwin, setiap dari kami mampu membina baitul muslim yang baik. Saya harapkan setiap kami sedia berjihad dan syahid. Saya mengharap dengan sangat agar kami menjadi tetangga di syurga nanti.InsyaAllah..
ukhuwah itu indah..dan lebih indah jika ia disulami dengan keikhlasan...jagalah hubungan itu agar ia terus terpahat dalam ingatan..Betul???TIDAK!!!kenangan itu penting sayang..walaupun ia kenangan pahit sekalipun,namun ia tetap indah untuk dikenang...kenangan itu yang mendewasakan kita..kenangan juga yang mengajar kita erti hidup...tanpa kenangan,hidup kita diibaratkan berada di atas awan..terapung2 tanpa hala tuju..kita harus ingat,tak semua kenangan itu indah untuk dikenang...kadang kala,kenangan yang pahit lebih memberi cabaran dalam hidup dan mengajar kita erti kesabaran...Coretan buat teman-temanku"sayang,perkenalan kita,pertemuan kita meninggalkan seribu kesan dalam hidupku..perhubungan kita masih segar dalam ingatanku.gelak tawa,gurau senda,masih terbayang di mataku..Teman,hadirmu membawa seribu sinar dalam hidupku..kamu simpanlah semua kenangan kita,susah senang,gelak tawa,kita bersama..tanpa kamu,aku hanyalah insan yang lemah...sahabat,hanya satu yang perlu kamu tahu,walau sejauh mana kamu berada,kalian tetap dalam ingatanku..kenang daku dalam doamu,kawan...salam sayang,salam rindu salam ukhuwah dariku buatmu semua~"

0 comments: